jOm La jOiN

Sunday, July 15, 2012

Layan Je La...

Assalamualaikum Warahmatullah...


kekok rasa nak menaip bila dah lama tinggal. baru hari ni ada masa nak jenguk balik blog ni. 


sekarang tengah cuti sem 2 bulan. gunakan masa cuti ni dengan keje sambilan sebagai cashier di stesen minyk.


sebenarnya nak share kerenah2 orang yang datang isi minyak kat sini. dari umur 13 tahun, sampai la 50-60 tahun. penat nak melayan tambah lagi kereta/motor/lori datang tak berhenti. berdiri lebih kurang 8 jam sehari. tiap kali balik keje, mesti rasa sakit tumit. badan dah berat sangat kot sampai kaki tak dapat menampung.. -.-


ok, tak nak melalut dari tujuan asal. jom tengok kerenah2 manusia yang ada.


Kerenah 1 : Ok


biasanya dari golongan umur 30-40 tahun. datang dengan senyum & sebut nombor pam elok-elok. sejuk sikit rasa hati nak senyum balik. tak tension, penat pun boleh hilang.


Kerenah 2 : Tak Menyempat


datang kaunter cashier, letak duit & terus pergi. sampai kat kereta/motor/lori, terus angkat nozzle nak isi minyak. bila tengok minyak tak jalan, marah2 orang kat kaunter. 
untuk golongan macam ni, tolonglah ada sifat timbang rasa sikit. bukan awak sorang yang datang isi minyak. pam ada 10 termasuk diesel, orang kat kaunter ada 2 orang je. sorang handle bahagian cashier barang kalau ada yang membeli, sorang je la tinggal yang nak handle pam minyak sebanyak 10 pam tu. macam mana la nak tumpu.. kalau nak cepat sekalipun, datang kaunter terus bagitau berapa ringgit & pam mana. senang.


Kerenah 3 : Jari Mahal


ada sesetengah yang datang senyum, ada sesetengah yang masam mencuka. datang kaunter tunjuk jari je. tu pun macam nak tak nak je angkat. cepat sangat tunjuk. mana sempat nak pandang. nak set terus, takut salah. bila kita tanya balik berapa, dia plak marah dengan jari2 skali tunjuk. erm...


Kerenah 4 : Terlebih Ramah


golongan macam ni pun wujud jugak. orang dah laa beratur kat belakang, dia boleh pulak nak buat lawak. nak suruh ke belakang, takut dianggap kurang ajar. nak tak nak, senyum je sambil tunjuk muka tak berminat nak dengar dah. encik, tak ingat anak bini kat rumah ke?


Kerenah 6 : Berat Kaki


atau erti kata lain, malas. kaunter depan tu untuk orang isi minyak je, bukan order barang suruh kami ambil. kalau setakat rokok takpe la, memang dalam kawasan kaunter tu. ni surat khabar yang betul2 depan pintu masuk pun nak suruh kitorang ambik, lemak la...
bila suruh masuk ambil sendiri, dia cakap, "awak yang berniaga ke saya??"
terpaksa mengalah jugak walaupun kalau dia tak beli pun paper tu, tak rugi. nak jaga hati punya pasal kitorang yang kat dalam kaunter ni keluar dari kaunter pergi ambik paper untuk dia sorang walaupun nampak ada orang lain yang tengah tunggu turn nak bayar minyak. harap2 dia tak datang dah.


Kerenah 6 : Merajuk


setakat ni, baru jumpa sorang la yang merajuk. bukan sebab apa pun, dia yang salah angkat nozzle. 
pam untuk Diesel sahaja ada 2 nozzle, 9 & 10. memang kalau orang nak isi Diesel, kami akan bagitau nozzle mana yang dah diset. ada la sorang atuk ni, linkungan umur 50-60 tahun nak isi Diesel, dah bagitau nozzle 10, tapi dia angkat nozzle 9. haruslah minyak tak jalan. pastu marah2 kitorang yang dekat kaunter ni. kitorang dah siap tunjuk isyarat tangan, bagitau suruh angkat nozzle lagi satu, dia nak jugak nozzle yang tak set tu. last2, dia datang kaunter mintak duit sebab nak pergi stesen minyak lain. 
pergi la uncle. stesen minyak seterusnya dalam 30-40 minit lagi sama ada ke depan atau ke belakang. hehehe


ha, semalam uncle tu datang lagi. memang dah cam sangat muka dia dengan Hilux tu. disebabkan tak nak pisang berbuah dua kali tambah kesian kat dia sebab dah tua, kitorang decide nak set minyak untuk dua2 nozzle. mana2 nozzle yang dia tak angkat, cancel la balik. baik kan kitorang? hehe


Kerenah 7 : Makan Duit Tak Halal


biasanya drebar2 lori la yang buat macam ni. isi minyak RM200, mintak bil. padahal isi tak sampai pun RM100 pastu datang kaunter mintak baki. nanti senang la nak claim dengan majikan kan. bukan nak bersangka buruk, tapi nampak sangat. memang diakui, ada sesetengah tu memang jujur. datang kaunter mintak nak isi penuh. dah penuh baru bayar & mintak bil. tapi kalau dah mintak minyak RM100 + bil tapi isi minyak RM20 je, apa cer???
kitorang kat kaunter ni serba salah, tapi nak mintak bil asal, tak berani. faham2 la drebar lori, muka ganas2. tak pasal2 ada yang kena kejar lepas balik kerja. dah la naik motor, jalan takde lampu pulak. Na'uzubillah...




kalau nak diikutkan, banyak lagi kerenah2 manusia yang ada tapi kalau nak cerita satu2, takkan habis. belum cakap lagi pasal sesetengah golongan atasan yang pandang kami2 kat kaunter ni macam hina sangat. pandang la  macam mana pun, sikit pun tak kisah sebab kerja yang kami buat ni halal. Allah yang menilai, bukan kamu. Titik.


p/s : kalau ada yang terasa, ambik sebagai pengajaran yek. ingatan untuk diri sendiri jugak. sekadar luahan      
       hati seorang cashier. hehehe



sekian,
tepuk dada tanya iman

3 comments:

  1. kemah keming boh..
    Saya ada juga apply untuk jadi pum attendant ataupun cashier kat sebuah stesen minyak.
    siap pamerkan, ada kerja kosong..
    tapi, bila dah isi, sampai sekarang xde jawapan lagi..
    dan 2 minggu dah..

    #merancang nak kerja sambil cuti..lepas buka sem nnti..

    ReplyDelete
  2. oo, ye ek? saya x isi borang pun. kebetulan nmpk ada pamer "jawatan kosong, cashier" time nak isi minyak kereta, terus masuk jumpa supervisor. Alhamdu Lillah terus boleh mula 2 hari lepas tu..(^_^)

    ReplyDelete