jOm La jOiN

Thursday, July 14, 2011

SUBHANALLAH...!

Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan
Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa PersidanganPerubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.

Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasilkajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit(dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakansecara terperinci mengenai sifat kulit manusia datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw

Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawaayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad sawApakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorangsaintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakardalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?

Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang lebih kurang bermaksud :

"Mereka yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan campakkan mereka dalam api; berkali-kali sehingga kulit mereka terbakar hangus.


 
KAMI AKAN GANTI KULIT
MEREKA DENGAN KULIT YANG BARU SUPAYA MEREKA MERASAKANAZAB ;

 
sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana". Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih. Sesiapa yang tidak hendak menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam AlQuran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya. Na'uzubillah.... 

SUBHANALLAH...!

sekian
tepuk dada tanya iman

No comments:

Post a Comment