jOm La jOiN

Saturday, December 10, 2011

.::Hifzhan Ikhwan Dalam Kenangan::.

Al-Fatihah 
buat seorang teman seperjuangan
Mohd Hifzhan Ikhwan Bin Mohd Nasir
(e-jan)
pelajar tahun ke-2
Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
USM Kampus Kejuruteraan
yang telah kembali ke Rahmatullah 
semalam (10/12/2011)
semoga Rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang-orang yang soleh
....ameen...
- Al-Fatihah -



dari-Nya kita datang dan kepada-Nya jua kita akan kembali

Friday, November 25, 2011

Gembira Hatinya...

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah SAW. Tertitis air matanya, berdukalah baginda.
Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai Siti Khadijah.
Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Saidina Ali merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Saidina Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia." (Hadis Riwayat Abu Hurairah)
Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap.
Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.
Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Saidina Usman Ibnu Affan, dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian.
Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan kerja rumah.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.
"Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya.
Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya.
Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.
Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.
Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"
Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.
Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu.
Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya.
Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu.
Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW menghentikannya.
Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih kesenangan di akhirat untuk keluarga kita."
Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang itu terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang lalu berkata, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"
"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah SAW bersabda :
"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.
Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingati-Nya. - www.iluvislam.com

Wednesday, November 2, 2011

Malu!

Salam...

YA ALLAH.....
MALUnye...
XTAU NAK LETAK MUKA KAT MANA....


sekian

Sunday, October 16, 2011

Jauhkan....

salam....
tak nak jadi macam ni...
24 jam yang slalu rasa x cukup
sebenarnya lebih dari cukup


tak nak jadi macam ni...
na'uzubillah...

sekian
tepuk dada tanya iman

Friday, September 30, 2011

Derma Darah Lagi...

salam 'alaik...

dulu dh penah post pasal derma darah, kali nak post lagi
kali, pihak hospital pulau pinang datang untuk kempen derma darah...
tarikh, 27 & 28 september, memang dh aim nak join la

27 September 2011


pagi, semangat minum susu + biskut konon2 breakfast sebab nak derma darah la
kelas habis kul 1, terus ke tempat derma darah
ambik borang, isi...tengah2 isi, ada kakitangan HPP dtg...

"dik, skang ni tutup sat, kul2 sambung balik.."


so, siapkan isi borang, pastu makan dulu...makan pisang goreng je
lepas zohor, dalam kul 1.45 terus ke meja tempat diorang check Hb ngan jenis darah
macam biasa, berat mmg xde masalah, cuma 1 je yg slalu x lepas...


Hb = haemoglobin


Hb yg dibenarkan menderma atas 12.5 je..


time kakitangan tu masukkan sampel darah dalam alat,
dalam hati doa mintak lepas...tengok2, Hb 11 je...=(

me     : ala, x lepas.............
kktgn : xpe2, kte try lg skali ek..


result kali ke-2 pun 11 jugak....xde rezeki la orang lain nak dapat darah saye....
dapat plak 4 jenis ubat (macam biase ) untuk tambah darah...

28 September 2011


pagi breakfast mee makaroni + ikan bilis goreng + sambal bilis untuk tambah darah
(x suka ikan bilis ! )
pas makan, makan plak ubat....(paksa telan jugak)


kelas habis kul3, terus solat pastu isi borang...tapi mak aih, beratur panjang kot..~
sabar2, dugaan...beratur gak...
ada 2 meja..1 meja dengan orang yang check semalam, 1 ag orang len
saye beratur kat orang len, takot orang semalam tu perasan plak saya nak try ag..hihi
tp dia nampak gak...senyum2 sambil geleng kepala...XD
sampai giliran, time test sampel darah, mata x lepas dari alat tu...kua2 result, 12.1
naik tapi tetap x lepas jgk...


me     : ala...........
kktgn : kurang makan la ni, sbb tu x lepas
me     : saya dah makan banyak ikan bilis pagi tadi...
kktgn smlm : x lepas lagi ek? hehehe
kktgn : xpe2, kte try skali lg


kua result, 13.1....yeay!! =D

Alhamdu Lillah, lepas jgk...=)


bila orang tanya kenapa suka sangat derma darah, xtau nak jawab camna perasaan tu..
Allah je tau..(^_^)

sekian
tepuk dada tanya iman

Tuesday, September 20, 2011

TEKNIK BERGADUH DENGAN PARENTS


salam 'alaik....

 Anak pertama mintak skateboard, tak dapat. Mintak sweater arsenal, dapat,  tapi dapat jersi jek. Itu pun barcelona punya. Anak kedua pula, minta nak pergi kelas tambahan, kena marah, minta beli baju baru, kena maki. Anak ketiga pula, minta keluar jalan-jalan kat bandar, dapat RM 50, minta beli seluar jeans, dapat Levi’s original.



                Bayangkan kalau ibu bapa yang perangai camni, mesti susah anak-anak kan?  Walaubagaimanapun, hendak atau tidak, kita sebagai anak-anak wajib menyayangi ibu bapa. Sedangkan sahabat nabi, Mus`ab bin Umair r.a. - yang mana ibunya tidak menyukainya memeluk agama Islam - pun masih berbuat baik terhadap ibunya, inikan pula kita. Siapalah kita?

                Namun begitu, tidak semestinya kita tidak perlu berbuat apa-apa. Dalam sesetengah keadaan, kita perlu bergaduh dengan ibu bapa. Ya! Bergaduh! Tapi bagaimana? Di bawah ini ada disediakan beberapa cara bergaduh dengan ibu bapa.

1) Tumbuk
Haha…  standard ah bro, kalo x puas ati, tumbuk jek ah kan. Macam biasa buat kat sekolah dulu. Tapi nak tumbuk mak ayah, tak boleh sembarangan. Kita kena cari peluang baik, baru berkesan. Bila peluang tu? Haa… bila mak atau ayah kita lenguh. Mesti diorang cari kita punyalah. Kalau diorang tak cari, kita sendiri offer kat diorang. “ayah, angah tumbuk belakang ayah boleh? Nampak cam lenguh jek tu”.  Korang bayangkanlah kalau buku lima korang beratnya 500gram(0.5kg). kelajuan tumbukan pula  5meter per saat. Maka, dalam setiap tumbukan, korang akan menghasilkan sebanyak 2.5momentum(kgm/s). Korang mesti tumbuk banyak kali kan? Kalo seratus kali, dengan momentum yang  tidak berubah, korang sudah berhasil menumbuk mak atau ayah korang sekuat 250 momentum. Kalau korang tumbuk 4 hari seminggu, maka korang telah berjaya menumbuk mak atau ayah korang dengan kekuatan 1000 momentum! Amacam? Cuba dulu maaa…

2) Pemulauan
 Kalau korang takut nak tumbuk mak atau ayah korang, korang boleh cuba cara lain pula. Kalau tumbuk, korang kena buat sorang2, tapi idea kedua ni kena buat ramai-ramai. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. Tak gitu? Untuk menjayakan idea kedua ni, korang kena pakat ngan semua adik beradik yang teraniaya (kalau macam kes atas ni, along dengan angah lah) untuk bersatu padu memulaukan mak, ayah, dengan anak yang dimanjakan tu. Pulau macam mana? Korang pulau diorang sampai diorang tak boleh buat apa-apa pun kat rumah. Bila nampak rumah bersepah, korang kemas cepat-cepat. Jangan bagi peluang kat mak ataupun anak manja tu kemas. Kalau ada pinggan mangkuk belum basuh, korang basuh cepat-cepat. Kalau nampak tong sampah dah penuh, korang cepat-cepat buang keluar. Korang kena sentiasa cepat, barulah diorang ni(mak, ayah dengan anak manja) tak boleh buat apa-apa kat rumah tu.

3) busy-body
Teknik ni memang cukup berguna untuk balas dendam kalau korang tak puas hati dengan mak ayah korang. Aku sendiri masa ada sorang minah ni busy-body nak tahu hal peribadi aku, aku bengang tak ingat…(opss, kantoi). Haha…takyah pedulikan hal aku. Sekarang ni kita nak buat sesuatu sebagai balasan sikap pilih kasih mak ayah korang. Camne nak busy-body dengan mak ayah? Contohnya, kalau korang baru balik dari sekolah, korang jenguk dapur, tanya mak korang, “mak apa khabar harini?”. Bukan korang tak taw yang mak korang sihat, tapi saje nak busy-body. Pastu bila ayah korang balik dari kerja, korang tanya, “ayah, camne kerja harini? Penat tak? Nak along tumbuk?”. Kalau korang amal teknik ni, InsyaAllah dendam korang akan terbalas.

4) Lari dari rumah
Ini teknik yang paling aku suka. Sebenarnya ramai orang dah buat cara ni. Tapi mungkin sebab diorang salah kaedah, diorang tidak berhasil membalas dendam yang terbuku di hati, bahkan merosakkan lagi hubungan dengan mak ayah. Kalau nak lari dari rumah, kita kena tahu tempat mana kita nak pergi, kita kena pastikan juga samada kita cukup duit atau tidak untuk support belanja kat tempat baru, kemudian kena tahu juga mak ayah kita izinkan atau tidak. Aku pernah buat teknik ni, dan dengan kaedah yang betul, aku berjaya membalas dendam terhadap mak dan ayah aku. Macam mana yang aku kata dendam terbalas tu? Aku biarkan diorang tersiksa dengan selalu merasa rindu kat aku. Hahaha… korang kena cuba. Kaedahnya, belajar sungguh-sungguh, dapatkan keputusan peperiksaan terbaik, pastu, cari mana-mana badan yang sanggupsponsor korang untuk belajar di luar negara. Simple. Tapi teknik ni ada side-effect iaitu korang juga akan selalu merasa rindu kat diorang…(T_T)

Ulasan:
-apa yang aku kata berjaya balas dendam kat teknik-teknik di atas ni adalah korang berjaya mendapat kasih sayang daripada ibu bapa korang.
-teknik keempat merupakan teknik yang paling susah untuk dilakukan. Tetapi, andaikata korang tak mampu nak buat teknik keempat, korang masih ada tiga teknik lagi untuk diamalkan. (^_^)

copy dari QUDWAH HASANAH

Sekian
tepuk dada tanya iman

Sunday, September 18, 2011

Apa Yang Orang Nampak....

salam 'alaik...
update2....~








Renung2kan.....

sekian
tepuk dada tanya iman

Thursday, July 14, 2011

SUBHANALLAH...!

Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan
Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa PersidanganPerubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.

Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasilkajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit(dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakansecara terperinci mengenai sifat kulit manusia datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw

Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawaayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad sawApakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorangsaintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran

Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakardalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?

Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang lebih kurang bermaksud :

"Mereka yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan campakkan mereka dalam api; berkali-kali sehingga kulit mereka terbakar hangus.


 
KAMI AKAN GANTI KULIT
MEREKA DENGAN KULIT YANG BARU SUPAYA MEREKA MERASAKANAZAB ;

 
sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha Bijaksana". Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih. Sesiapa yang tidak hendak menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam AlQuran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya. Na'uzubillah.... 

SUBHANALLAH...!

sekian
tepuk dada tanya iman

Tuesday, July 5, 2011

Makhluk Dengan Iman Yang Paling Mempesona

Salam 'Alaik...


Bismillahir-Rahmanir-Rahim ...
Dini hari di Madinah Al Munawwarah.
Kusaksikan para sahabat berkumpul di masjidmu. Angin gurun membekukan kulitku. Gigiku gemertak. Kakiku tergoncang....
Tiba-tiba pintu hujrahmu terbuka. Engkau datang, ya Rasul Allah. Kupandang dikau...

Assalamu'alaika ya Nabi wa rahmatullah ...
Assalamu'alaika ya Nabi wa rahmatullah ....

Kudengar salam bersahut-sahutan. Engkau tersenyum, ya Rasul Allah, wajahmu bersinar. Angin gurun berubah hangat.
Cahayamu menyusup seluruh daging dan darahku.




Dini hari Madinah berubah siang yang cerah. Kudengar engkau berkata, "Adakah air pada kalian?". Kutengok cepat gharibah-ku. Para sahabat sibuk memperlihatkan kantong kosong.

Tidak ada setetespun air, ya Rasul Allah. Kusesali diriku.

Mengapa tak kucari air sebelum tiba di masjidmu. Duhai bahagianya jika kubasahi wajah dan tanganmu dengan percikan-percikan air dari gharibah-ku. Tapi ratusan sahabat berdesakan mendekatimu.

Kau mengambil gharibah kosong. Kau celupkan jari-jarimu.

Subhanallah, kulihat air mengalir dari celah-celah jarimu. Kami berdecak, berebut wudhu dari pancaran sucimu. Betapa sejuk air itu ya Rasul Allah. Betapa harum air itu, ya Habib Allah. Kulihat Ibnu Mas'ud meneguk air itu sepuas-puasnya.


Qod qomatis solah Qod qomatis solah.

Duhai bahagianya solat di belakangmu. Ayat-ayat suci mengalir di belakangmu. Melimpah memasuki jantung dan pembuluh darahku.

Usai solat kau pandangi kami. Masih dengan senyum sejuk itu. Cahayamu, ya Rasul Allah, tak mungkin kulupakan. Ingin kubenamkan setitis diriku dalam samudera dirimu. Ingin kujatuhkan sebutir debuku dalam sahara tak terhinggamu.

Kudengar kau berkata lirih,
"Ayyuhal halqi a'jabu ilaikum imanan?"
("Siapa makhluk yang imannya paling mempesona?")

"Malaikat ya Rasul Allah," "Bagaimana mereka tidak beriman?
Bukankah mereka berada di samping Allah?"

"Para Nabi, ya Rasul Allah?" "Bagaimana Nabi tidak beriman?
Bukankah kepada mereka turun wahyu Allah?"

"Kami, para sahabatmu," "Bagaimana kalian tidak beriman?
Bukankah aku berada di tengah-tengah kalian? Telah kalian saksikan apa yang kalian saksikan,"


"Kalau begitu, siapa mereka ya Rasul Allah?"

Langit Madinah bening....
Bumi Madinah hening....
Kami termangu....

Siapakah gerangan yang imannya paling mempesona?

Kutahan nafasku, kuhentikan detak jantungku. Kudengar sabdamu,
"Yang paling menakjubkan imannya, mereka yang datang sesudahku, beriman kepadaku, padahal tidak pernah berjumpa dan melihatku. Yang mempesona imannya, mereka yang tiba setelah aku tiada, yang membenarkanku tanpa pernah melihatku,"

"Bukankah kami ini saudaramu juga, ya Rasul Allah?"
"Kalian sahabat-sahabatku. Saudaraku adalah mereka yang tidak pernah berjumpa denganku. Mereka beriman kepada yang ghaib, menginfakkan sebagian rezeki yang diberikan kepada mereka,"


Kami terpaku.
Langit Madinah bening.
Bumi Madinah hening.

Kudengar lagi engkau berkata, "Alangkah rindunya daku kepada mereka. Alangkah bahagianya aku memenuhi mereka,"Suaramu parau, butir-butir air matamu tergenang.
Kau rindukan mereka, ya Rasul Allah.
Kau dambakan pertemuan dengan mereka, ya Nabi Allah...
Kau dambakan mereka, ya Habiballah....

Wahai Rasulullah, kau ingin bertemu dengan mereka yang tak pernah dijumpaimu, mereka yang bibirnya selalu bergetar menggumamkan salawat untukmu. Kau ingin datang memeluk mereka, memuaskan kerinduanmu. Kau akan datang kepada mereka yang mengunjungimu dengan salawat.

Masih kuingat sabdamu, "Barangsiapa yang datang kepadaku, aku akan memberinya syafaat di hari kiamat."

Yâ wajîhan 'indallâh, isyfa'lanâ 'indallâh.
Wahai yang mulia di sisi Allah, berikanlah syafaat kepada kami di sisi Allah...

(Hadits pada tafsir Ad Durr Mantsur, berkenaan dengan Q.S. Al Baqarah:03)


Assalamu'alaika ayyuhan Nabi wa rahmatullahi wa barakatuh...

****Sebuah catatan untuk hati yang sering "lupa" tentang....
Betapa beruntungnya diri kita ini sebenarnya ... Ya kita lah para sahabat tercinta yang dimaksudkan oleh Baginda Rasul Saw tercinta ... Kita yg beriman kepada risalah yg disampaikan Baginda Saw walau kita dipisahkan oleh waktu beribu tahun dengan Baginda.. Kita yg tiada pernah berjumpa wajah dengannya. Namun beriman dengan yakin seyakin2-Nya atas agama yg kita cintai ini ... Keimanan kita begitu mempesona Baginda Saw ..

Mari kita buat Bangga Baginda Rasulullah Saw .. Dengan selalu istiqamah di jalan Allah .. insya Allah ... Masya Allah .. Barakallah ...

Allahuma Shali Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Ali Sayyidina Muhammad ...


Insya Allah bermanfaat dan penuh keberkatan dari Allah ...


Salam Terkasih ...
Dari Seorang Sahabat untuk Sahabat ...


sekian
tepuk dada tanya iman

Saturday, June 25, 2011

BerBaur...

Salam 'alaik...

perasaan bercampur-campur
tak tahu macam mana nak gambarkan
30hb tinggal beberapa hari je lagi
kadang-kadang nak waktu berjalan lambat
kadang-kadang nak waktu seakan berlari
tapi semua kehendak-Nya...
kita hanya mampu berharap...

keputusan yang menjerut diri sendiri...(!_!)

sekian
tepuk dada tanya iman

Monday, May 23, 2011

Ini amanah...

Salam 'alaik....

maaf blog, terpaksa abaikan kamu sekejap
demi amanah yang baru dipikul


kerana saya mahu mendapat
laporan macam ni...


insyaAllah...

p/s : ngah pening memikirkan silibus yang belum habis
       sedangkan exam murid2 ni lepas cuti sekolah...
       

sekian,
tepuk dada tanya iman..

Monday, April 18, 2011

Restui Perjuanganku...

Salam

Mohon doa semua....(_ _)


sekian 
tepuk dada tanya iman

Friday, April 8, 2011

Salam Perjuangan

Selamat Berjuang Sahabat




Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan 
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman 
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah 
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo 

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan 
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya 
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

O o ohooo ho o ohooo

Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com

sekian
tepuk dada tanya iman

Friday, April 1, 2011

AMANAH

AMANAH


وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.
 (Al-Baqarah: 216)


aku tidak mengharapkannya datang, dan aku tidak menolaknya pergi
tetapi saat ia hadir kepadaku, walau seberat manapun
aku harus berlapang dada
kerana aku tahu Allah sentiasa ada

"maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
 sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."
al-insyirah : 5-6



DI ANTARA DALIL-DALIL AL QUR`AN YANG MENJELASKAN TENTANG AMANAH

1. Surat an Nisaa/4 ayat 58 :


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya…"

Al Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah di dalam Tafsir al Qur’an al ‘Azhim (2/338-339) berkata : Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengabarkan bahwa sesungguhnya Ia memerintahkan (kepada kita) untuk menunaikan amanah kepada pemiliknya. Dalam sebuah hadits dari al Hasan, dari Samurah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

أَدِّ الأَمَانَةَ إِلَى مَنِ ائْـتَمَنَكَ، وَلاَ تَخُنْ مَنْ خَانَكَ 

"Tunaikanlah amanah kepada orang yang engkau dipercaya (untuk menunaikan amanah kepadanya), dan jangan khianati orang yang telah mengkhianatimu". [Diriwayatkan oleh al Imam Ahmad dan Ahlus Sunan].



2. Surat al Anfal/8 ayat 27 : 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ 

"Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui."

Al Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah berkata,"… Dan khianat, mencakup seluruh perbuatan dosa, baik yang kecil maupun yang besar, baik (dosanya) terhadap dirinya sendiri maupun terhadap orang lain.

 'Ali bin Abi Thalhah berkata, dari Ibnu ‘Abbas, (tentang firmanNya) وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ , amanah adalah seluruh perbuatan yang telah Allah bebankan kepada hamba-hambaNya (agar mereka menunaikannya, Pen), yaitu (berupa) kewajiban-kewajiban. 
Dan maksud "janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat” adalah, janganlah kamu menggugurkannya. 
Dalam sebuah riwayat, ‘Ibnu Abbas menjelaskan maksud firmanNya: لاَ تَخُونُواْ اللهَ وَالرَّسُولَ , (janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul), dengan cara meninggalkan sunnah Nabi dan melakukan maksiat kepada Nabi"


3. Surat al Ahzab/33 ayat 72 :

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zhalim dan amat bodoh".

Al Hafizh Ibnu Katsir t , setelah membawakan beberapa perkataan dari shahabat dan tabi’in tentang makna amanah ini, beliau berkata: “Seluruh perkataan ini, tidak ada pertentangan sesamanya. Bahkan seluruhnya bermakna sama dan kembali kepada satu makna, (yaitu) pembebanan, penerimaan perintah-perintah dan larangan-larangan dengan syarat-syaratnya. Dan hal ini, jika seseorang menunaikannya, maka ia akan diberi pahala. Namun, jika ia menyia-nyiakannya, maka ia pun akan disiksa. Akhirnya, manusialah yang menerima amanah ini, padahal ia lemah, bodoh, lagi berbuat zhalim. Kecuali orang yang diberi taufiq oleh Allah, dan Allah-lah tempat memohon pertolongan”.

4. Surat al Mu’minun/23 ayat 8, atau surat al Ma’arij/70 ayat 32:


"Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya".

Al Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah dalam Tafsir al Qur’an al ‘Azhim (8/227) berkata: "Maksudnya, apabila mereka dipercaya (dalam suatu urusan), mereka tidak berkhianat. Dan apabila mereka mengadakan perjanjian, mereka tidak menyelisihinya. Demikianlah sifat orang-orang yang beriman. Dan kebalikan dari ini, adalah sifat orang-orang munafik. Sebagaimana diterangkan dalam hadits shahih, tanda orang munafiq ada tiga: apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji ia menyelisihi janjinya, dan apabila diberi amanah (kepercayaan) ia berkhianat. Dalam sebuah riwayat, apabila berbicara ia berdusta, apabila berjanji ia menyelisihi janjinya, dan apabila bertengkar ia berbuat curang.

5. Surat al Baqarah/2 ayat 283:


"…Maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya…".





sekian
tepuk dada tanya iman

Sunday, March 27, 2011

Malunya...!!


Salam 'alaik...
sekadar perkongsian di samping mengingatkan diri sendiri...



DI MANA ALLAH DALAM HIDUP KITA?

Beberapa kali terjadi peristiwa begitu dalam kehidupan kita, tak? Selalunya dalam keadaan terdesak dan kekalutan sebegitu, kita cepat lupa kepada Allah. Allah Yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Dalam program, bila tiba-tiba LCD atau laptop tiba-tiba hilang fungsi di tengah-tengah program sedang berjalan, apa yang paling awal bermain di minda kita ketika itu?

Dalam kekalutan dan kegawatan kita membuat persediaan untuk sesuatu, tiba-tiba bahan yang kita gunakan sebagai rujukan sebagai contoh catatan-catatan penting, dokumen-dokumen penting hilang secara tiba-tiba, ke mana perginya hati kita ketika itu?

Situasi-situasi terdesak. Di celah-celah itu, Allah menguji hubungan kita dengan-Nya.
MashaAllah. Istimewanya memiliki Allah sebagai Rabb.
Di celah-celah ketika itu, Dia tetap memanggil kita secara halus dengan kasih sayang-Nya, tetapi kadang-kadang, kita tidak sedar dan tidak perasan. Selalu saja lupa dan leka.

Kata seorang ulama’ :
“Nikmat terbesar adalah bila kamu memiliki Allah sebagai Rabb.”

Malu saya dengan Allah. Baru tahu nilai Allah dalam diri.

Seorang murabbi pernah berpesan:
“Letakkan pergantungan kita kepada Allah. Bukan kepada alat-alatan yang canggih, laptop, LCD dan sebagainya. Itu semua sebagai usaha kita. Kalau Allah tak izin, maka kecanggihan alatan itu pun tak dapat membantu program kita.”

Begitulah hakikat kehidupan kita. Kita perlukan kepada Allah sepenuhnya dalam kehidupan kita. Kita perlukan Dia setiap masa. Bukan pada masa kita yang kita hendakkan Dia, baru kita rapat dengan Dia.

Bila tiba musim peperiksaan, barulah sibuk-sibuk mencari Allah.
Bila tiba musibah, barulah gopoh mencari dan meminta pada Allah.

Waktu-waktu lain, ingatkah kita pada Dia?
Rapatkah kita dengan Dia?

Ada sesetengah orang mencari Allah hanya pada waktu-waktu tertentu. Pada waktu pernikahannya, pada waktu kelahiran anaknya dan pada waktu kematiannya. Seolah-olah dalam kehidupannya, Allah ini hanyalah sampingan. Bila perlu, dicari. Bila tak, ditinggalkan.

Hakikatnya, KEPERLUAN kita kepada ALLAH sangat mendesak. Genting dan begitu penting dalam kehidupan kita. Kita perlukan Dia setiap saat dalam hidup. Bila kita meng ‘hilang’kan Dia dari kehidupan kita, kekuatan kita juga akan hilang.

Seorang ulama’ pernah menyebut:
“Jika engkau ingin tahu kedudukan Allah dalam hatimu, lihatlah di mana engkau letakkan Allah dalam hidupmu”


MALU KEPADA ALLAH, IA TIDAK BERHENTI SEKADAR ITU

Saya suka memetik kisah sahabat sebagai contoh. Thabit bin Qois adalah contoh yang hebat dalam bersikap malu kepada Allah.

Tsabit bin Qois merupakan jurucakap Rasul s.a.w. Apabila perwakilan Arab datang untuk mengagungkan kemuliaan mereka kepada Rasulullah s.a.w. atau mahu berdebat, maka Rasul s.a.w. akan mewakilkan Tsabit bin Qois.

Suatu hari, Rasul s.a.w. melihatnya menggigil ketakutan dan sedang bersedih. Lalu Rasul s.a.w. pun bertanya, “Apa yang terjadi kepadamu, wahai Abu Muhammad (gelaran kepada Thabit)?”

Tsabit menjawab, “Sesungguhnya Allah s.w.t melarang kita untuk menyukai pujian orang kepada sesuatu yang kita lakukan, sedangkan aku menyukai pujian. Allah melarang kita untuk takbur, sedangkan aku suka membanggakan diriku.”

Rasulullah s.a.w. menenangkannya. Rasulullah tahu bahawa Tsabit bukanlah orang yang demikian.
Baginda bertanya, “Wahai Tsabit, tidakkah kau ingin hidup terpuji dan mati syahid serta masuk syurga?”

Wajah Tsabit bersinar-sinar mendengar khabar gembira itu. “Sudah tentu, wahai Rasulullah.”

“Engkau mendapatkan semua itu.” Jawab Rasul s.a.w.

Nah! Itulah contoh malu yang sangat hebat. Malunya kepada Allah hingga mendorong hatinya untuk menggeletar dan menangis lantaran perkara kecil yang tidak disukai Allah sedang dirinya tidak memiliki hal itu.

Dalam suatu kisah lagi, turun ayat Allah s.w.t. dari surah Al-Hujurat yang berbunyi:

2. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebagian kamu terhadap sebagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu[1408], sedangkan kamu tidak menyadari.


Thabit bin Qois begitu terasa seolah-olah ayat ini ditujukan kepadanya kerana dia memiliki suara yang lantang. Hinggakan beliau menjauhi majlis-majlis baginda meskipun beliau begitu mencintai baginda s.a.w. Beliau begitu sedih hinggalah tiba khabar dari Rasul s.a.w. bahawa dia termasuk dari kalangan ahli syurga, barulah tenang hatinya.

Itu hebatnya malu Thabit bin Qois terhadap Allah s.w.t.  Sensitif jiwanya dengan perintah-perintah dari Allah. Mengakibatkan dia malu untuk berbuat mungkar meskipun sedikit.


PENUTUP :  BERILAH RUANG UNTUK DIA DALAM HATIMU !

Mari kita kembali meneliti alam ini. Mampukah ia bergerak dan hidup jika tidak ada Yang Menetapkan perjalanannya dan Memberi izin padanya?

Burung yang berterbangan di langit, mampukah ia terbang jika Allah tidak mengizinkannya?

Bunga yang tumbuh cantik dan mewangi, siapa yang mencipta dan mengizinkan semua itu jika tidak Allah?

Mata kita yang dapat melihat jelas ini, mampu kita buka dan tutup, apakah nikmat itu masih kekal terus jika Allah gelapkan ia?

Semuanya itu dalam aturan Allah. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesarnya.
Dari sekecil atom hinggalah seluas alam semesta ini.
Semua itu dalam pengetahuan Allah.

Sebab itu, berilah ruang untuk Dia dalam hatimu!

Kita tidak akan pernah menyesal. Tidak akan pernah kecewa dan putus asa bila kita letakkan segala-galanya kepada Allah.

Kerana Dia akan aturkan yang TERBAIK juga untuk kita bila kita beri yang TERBAIK kepada-Nya!
 


sekian
tepuk dada tanya iman

p/s: baru sedar akan kehebatan ayatullah,
      "hasbunallahu wa ni'mal wakeel..."
      dan betapa kebergantungan kpd Allah 
       paling perlu diutamakan.....