jOm La jOiN

Friday, September 30, 2011

Derma Darah Lagi...

salam 'alaik...

dulu dh penah post pasal derma darah, kali nak post lagi
kali, pihak hospital pulau pinang datang untuk kempen derma darah...
tarikh, 27 & 28 september, memang dh aim nak join la

27 September 2011


pagi, semangat minum susu + biskut konon2 breakfast sebab nak derma darah la
kelas habis kul 1, terus ke tempat derma darah
ambik borang, isi...tengah2 isi, ada kakitangan HPP dtg...

"dik, skang ni tutup sat, kul2 sambung balik.."


so, siapkan isi borang, pastu makan dulu...makan pisang goreng je
lepas zohor, dalam kul 1.45 terus ke meja tempat diorang check Hb ngan jenis darah
macam biasa, berat mmg xde masalah, cuma 1 je yg slalu x lepas...


Hb = haemoglobin


Hb yg dibenarkan menderma atas 12.5 je..


time kakitangan tu masukkan sampel darah dalam alat,
dalam hati doa mintak lepas...tengok2, Hb 11 je...=(

me     : ala, x lepas.............
kktgn : xpe2, kte try lg skali ek..


result kali ke-2 pun 11 jugak....xde rezeki la orang lain nak dapat darah saye....
dapat plak 4 jenis ubat (macam biase ) untuk tambah darah...

28 September 2011


pagi breakfast mee makaroni + ikan bilis goreng + sambal bilis untuk tambah darah
(x suka ikan bilis ! )
pas makan, makan plak ubat....(paksa telan jugak)


kelas habis kul3, terus solat pastu isi borang...tapi mak aih, beratur panjang kot..~
sabar2, dugaan...beratur gak...
ada 2 meja..1 meja dengan orang yang check semalam, 1 ag orang len
saye beratur kat orang len, takot orang semalam tu perasan plak saya nak try ag..hihi
tp dia nampak gak...senyum2 sambil geleng kepala...XD
sampai giliran, time test sampel darah, mata x lepas dari alat tu...kua2 result, 12.1
naik tapi tetap x lepas jgk...


me     : ala...........
kktgn : kurang makan la ni, sbb tu x lepas
me     : saya dah makan banyak ikan bilis pagi tadi...
kktgn smlm : x lepas lagi ek? hehehe
kktgn : xpe2, kte try skali lg


kua result, 13.1....yeay!! =D

Alhamdu Lillah, lepas jgk...=)


bila orang tanya kenapa suka sangat derma darah, xtau nak jawab camna perasaan tu..
Allah je tau..(^_^)

sekian
tepuk dada tanya iman

Tuesday, September 20, 2011

TEKNIK BERGADUH DENGAN PARENTS


salam 'alaik....

 Anak pertama mintak skateboard, tak dapat. Mintak sweater arsenal, dapat,  tapi dapat jersi jek. Itu pun barcelona punya. Anak kedua pula, minta nak pergi kelas tambahan, kena marah, minta beli baju baru, kena maki. Anak ketiga pula, minta keluar jalan-jalan kat bandar, dapat RM 50, minta beli seluar jeans, dapat Levi’s original.



                Bayangkan kalau ibu bapa yang perangai camni, mesti susah anak-anak kan?  Walaubagaimanapun, hendak atau tidak, kita sebagai anak-anak wajib menyayangi ibu bapa. Sedangkan sahabat nabi, Mus`ab bin Umair r.a. - yang mana ibunya tidak menyukainya memeluk agama Islam - pun masih berbuat baik terhadap ibunya, inikan pula kita. Siapalah kita?

                Namun begitu, tidak semestinya kita tidak perlu berbuat apa-apa. Dalam sesetengah keadaan, kita perlu bergaduh dengan ibu bapa. Ya! Bergaduh! Tapi bagaimana? Di bawah ini ada disediakan beberapa cara bergaduh dengan ibu bapa.

1) Tumbuk
Haha…  standard ah bro, kalo x puas ati, tumbuk jek ah kan. Macam biasa buat kat sekolah dulu. Tapi nak tumbuk mak ayah, tak boleh sembarangan. Kita kena cari peluang baik, baru berkesan. Bila peluang tu? Haa… bila mak atau ayah kita lenguh. Mesti diorang cari kita punyalah. Kalau diorang tak cari, kita sendiri offer kat diorang. “ayah, angah tumbuk belakang ayah boleh? Nampak cam lenguh jek tu”.  Korang bayangkanlah kalau buku lima korang beratnya 500gram(0.5kg). kelajuan tumbukan pula  5meter per saat. Maka, dalam setiap tumbukan, korang akan menghasilkan sebanyak 2.5momentum(kgm/s). Korang mesti tumbuk banyak kali kan? Kalo seratus kali, dengan momentum yang  tidak berubah, korang sudah berhasil menumbuk mak atau ayah korang sekuat 250 momentum. Kalau korang tumbuk 4 hari seminggu, maka korang telah berjaya menumbuk mak atau ayah korang dengan kekuatan 1000 momentum! Amacam? Cuba dulu maaa…

2) Pemulauan
 Kalau korang takut nak tumbuk mak atau ayah korang, korang boleh cuba cara lain pula. Kalau tumbuk, korang kena buat sorang2, tapi idea kedua ni kena buat ramai-ramai. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. Tak gitu? Untuk menjayakan idea kedua ni, korang kena pakat ngan semua adik beradik yang teraniaya (kalau macam kes atas ni, along dengan angah lah) untuk bersatu padu memulaukan mak, ayah, dengan anak yang dimanjakan tu. Pulau macam mana? Korang pulau diorang sampai diorang tak boleh buat apa-apa pun kat rumah. Bila nampak rumah bersepah, korang kemas cepat-cepat. Jangan bagi peluang kat mak ataupun anak manja tu kemas. Kalau ada pinggan mangkuk belum basuh, korang basuh cepat-cepat. Kalau nampak tong sampah dah penuh, korang cepat-cepat buang keluar. Korang kena sentiasa cepat, barulah diorang ni(mak, ayah dengan anak manja) tak boleh buat apa-apa kat rumah tu.

3) busy-body
Teknik ni memang cukup berguna untuk balas dendam kalau korang tak puas hati dengan mak ayah korang. Aku sendiri masa ada sorang minah ni busy-body nak tahu hal peribadi aku, aku bengang tak ingat…(opss, kantoi). Haha…takyah pedulikan hal aku. Sekarang ni kita nak buat sesuatu sebagai balasan sikap pilih kasih mak ayah korang. Camne nak busy-body dengan mak ayah? Contohnya, kalau korang baru balik dari sekolah, korang jenguk dapur, tanya mak korang, “mak apa khabar harini?”. Bukan korang tak taw yang mak korang sihat, tapi saje nak busy-body. Pastu bila ayah korang balik dari kerja, korang tanya, “ayah, camne kerja harini? Penat tak? Nak along tumbuk?”. Kalau korang amal teknik ni, InsyaAllah dendam korang akan terbalas.

4) Lari dari rumah
Ini teknik yang paling aku suka. Sebenarnya ramai orang dah buat cara ni. Tapi mungkin sebab diorang salah kaedah, diorang tidak berhasil membalas dendam yang terbuku di hati, bahkan merosakkan lagi hubungan dengan mak ayah. Kalau nak lari dari rumah, kita kena tahu tempat mana kita nak pergi, kita kena pastikan juga samada kita cukup duit atau tidak untuk support belanja kat tempat baru, kemudian kena tahu juga mak ayah kita izinkan atau tidak. Aku pernah buat teknik ni, dan dengan kaedah yang betul, aku berjaya membalas dendam terhadap mak dan ayah aku. Macam mana yang aku kata dendam terbalas tu? Aku biarkan diorang tersiksa dengan selalu merasa rindu kat aku. Hahaha… korang kena cuba. Kaedahnya, belajar sungguh-sungguh, dapatkan keputusan peperiksaan terbaik, pastu, cari mana-mana badan yang sanggupsponsor korang untuk belajar di luar negara. Simple. Tapi teknik ni ada side-effect iaitu korang juga akan selalu merasa rindu kat diorang…(T_T)

Ulasan:
-apa yang aku kata berjaya balas dendam kat teknik-teknik di atas ni adalah korang berjaya mendapat kasih sayang daripada ibu bapa korang.
-teknik keempat merupakan teknik yang paling susah untuk dilakukan. Tetapi, andaikata korang tak mampu nak buat teknik keempat, korang masih ada tiga teknik lagi untuk diamalkan. (^_^)

copy dari QUDWAH HASANAH

Sekian
tepuk dada tanya iman

Sunday, September 18, 2011

Apa Yang Orang Nampak....

salam 'alaik...
update2....~








Renung2kan.....

sekian
tepuk dada tanya iman