jOm La jOiN

Friday, February 25, 2011

Doaku

Waqola Rabbukumud'uni Astajib Lakum
A'uzubillahi minasyaitanirrajim...
Bismillahi rahmani rahim...


Rabbana Taqobbal Minna Du'a ana
Innaka Antassami'ul'alim
Watub 'Alaina Ya Maulana
Innaka Antatauwaburrahim
Istajibillah huma du'a ana 
Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rahim
Ya Zaljalali Walikram

sekian
tepuk dada tanya iman

Wednesday, February 23, 2011

Jem Teruk..!!

salam 'alaik

sedikit pkgsian...

time nk balik U lps cuti raya cina baru2 ni, dapat seat depan skali lagi
mcm pngalaman lepas, (sini) mmg susah nak tido.
tapi kali ni ok sikitlah sebab pemandu tu nampak macam ok..
perjalanan bermula pukul 9.15 pm, lebih kurangla..
mula2 lancar je, tapi masuk je tol Karak, ni la pemandangannya...




kereta berderet2 atas jalan, mcm ada pesta jalanan
dengan kereta2 yang bhenti kat tepi2 jalan, rehat2 kan kereta
yang dalam bas ni, nyenyak je tido..x sedar langsung pe yang berlaku
dh la bas macam x bergerak langsung, 4 jam jem teruk
kesian tengok driver, mesti kaki lenguh yang teramat...
mampu bersimpati je la...nak tolong, lesen bas blom ada..(hajat di hati ada, apakan daya...)

sepanjang 4 jam jem tu, macam2 gelagat dapat tengok.
kereta dekat2, kami plak dalam bas, tinggi, macam2...
masuk kawasan KL, baru la jalan lancar..
lepas tu driver tukar, dan 2nd driver ni pecut habis2an la sbb nk kejar masa
kebanyakan masa, bas kat line paling kanan sebab asyik potong je
tengok meter, kadang2 cecah 140-160 km/h
gerun jugak, tapi Alhamdulillah selamat smpai dlm kul 8 pagi..

kesimpulannya, 
JANGAN BALIK LAST2 MINIT...
KITA HANYA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN...~


sekian
tepuk dada tanya iman

Saturday, February 19, 2011

Thursday, February 17, 2011

Istighfar...

Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kita membawa
dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang, bermakna kita menyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.

Adalah lebih patut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kita sangat-sangat tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapan
Tuhan semasa di dalam sembahyang."

Istighfar bererti meminta maaf, meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Di sini ingin diceritakan tentang dua istighfar.

Istighfar pertama:

Istighfar yang pertama ialah sebelum solat atau sebelum sembahyang, iaitu
sebelum takbiratul ihram.

Istighfarlah dan bertaubatlah sebanyak -banyaknya dan sepuas-puasnya.
Istighfarlah sehingga hati kita terasa kenyang, tenang dan tenteram.

Semoga dengan itu Allah ampunkan dosa-dosa kita.Supaya kita tidak membawa
dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang kita.

Antara sebabnya ialah:
1. Manakala kita berdosa, Allah murka kepada kita. Dan kalau kita membawa dosa-dosa kita yang di luar sembahyang ke dalam sembahyang,bermakna kita menyembah Allah dalam keadaan Dia sedang murka kepada kita.

2. Manakala kita berdosa dan tidak bertaubat dari dosa-dosa itu, kita
sebenarnya orang yang derhaka dengan Tuhan. Kalau kita sembahyang
juga tanpa kita bertaubat dari dosa-dosa tersebut maka sembahyang
kita ialah sembahyang orang yang derhaka dengan Tuhan.

3. Kalau kita berdosa dan kita tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa itu,
kita ialah orang yang angkuh dan sombong dengan Tuhan. Kalau dalam
keadaan itu kita bersembahyang, maka sembahyang kita ialah sembahyang
orang yang angkuh dan sombong, bukan setakat angkuh dan sombong
kepada manusia yang mungkin boleh dianggap ringan sedikit, tetapi
angkuh dan sombong dengan Allah itu sendiri iaitu Tuhan yang hendak
kita sembah.

4. Di dalam sembahyang, kita banyak berdoa. Kalau kita membawa dosa,
Allah murka kepada kita. Bagaimana kita dapat berdoa kepada Tuhan
yang sedang murka dengan kita. Apakah peluang bagi doa-doa kita itu
dimakbulkan Tuhan? Kalau Allah tidak makbulkan doa-doa kita kerana
Dia sedang murka kepada kita, mungkin kita akan selamat. Tetapi kalau
Allah makbulkan juga doa dan permintaan kita dalam sembahyang dalam
keadaan Dia sedang murka dengan kita, maka apa sahaja yang Allah
kurniakan itu akan menjadi istidraj. Iaitu ia akan menjadi nikmat
yang Allah kurniakan dengan marah. Ia akan menjadi nikmat yang tidak
diiringi dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Di hujungnya nanti,
kita akan jadi kufur nikmat.

5. Bagaimana pula hendak kita sembah Tuhan dalam keadaan kita sedang
derhaka kepada-Nya kerana dosa-dosa kita yang tidak terampun. Kalau
kita mengadap dan menyembah raja atau sultan manusia di dunia ini
pun, dalam keadaan kita derhaka kepadanya, mungkin dia tidak mahu
tengok kita. Kalau tengok pun, mungkin diherdik dan dimaki hamunnya
kita. Atau mungkin dia akan terus tangkap dan hukum kita.

6. Bagaimana pula akan kita sembah Tuhan kalau kita angkuh dan sombong
dengan-Nya kerana tidak mahu bertaubat dari dosa-dosa kita. Angkuh
dan sombong itu bukan sifat hamba. Ia sifat Tuhan. Bagaimana boleh
kita bersifat sombong dan angkuh dan kemudian mahu menyembah Tuhan.
Ketika itu kita bukan lagi hamba. Kita tidak tawadhuk dan tidak
merendah diri di hadapan Tuhan. Ketika itu kita seolah-olah mahu
menyamai atau menandingi Tuhan. Dalam keadaan ini, bolehkah
sembahyang kita itu dianggap sebagai satu penyembahan atau satu
pengabdian. Adakah ketika itu kita benar-benar sedang sembahyang dan
sedang mengabdikan diri kepada Tuhan?

Inilah di antara sebab mengapa sembahyang itu gagal untuk menghidupkan
rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan dalam diri orang yang
bersembahyang. Kerana dalam sembahyang, mereka dimurkai Tuhan, mereka
derhaka, dan mereka sombong dan angkuh dengan Tuhan. Bila sembahyang tidak
khusyuk dan rasa-rasa bertuhan dan rasa-rasa kehambaan tidak timbul atau
tidak wujud di dalam sembahyang, maka sembahyang itu tidak ada nilai dan
tidak ada erti apa-apa. Ia tidak mendidik hati kita dan tidak akan dapat
menjauhkan kita dari perkara-perkara yang keji dan yang mungkar.

Istighfar kedua:

Istighfar yang kedua ialah sesudah memberi salam. Lainlah kalau sembahyang
kita itu seperti sembahyang orang muqarrobin atau orang siddiqin yang tidak
ada lalai dalam sembahyang mereka. Bagi mereka ini, layaklah mereka
mengucapkan Alhamdulillah selepas salam sebagai tanda syukur kerana Allah telah kurniakan mereka nikmat khusyuk, tawadhuk dankhuduk di dalam sembahyang mereka.

Tetapi bagi kita orang-orang awam, yang sembahyang kita cacat sini cacat
sana, bocor sini bocor sana, koyak sini koyak sana dan defect sini defect
sana, mana mungkin layak bagi kita mengucapkan hamdallah. Adalah lebih
patut kita beristighfar dan meminta ampun kerana kita sangat-sangat tidak
berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan di hadapan Tuhan semasa di
dalam sembahyang.

Contohnya:
1. Di hadapan Tuhan kita lafazkan berbagai-bagai perkataan, misalnya,
Allahu Akbarâ , tetapi tidak faham pun apa yang kita lafazkan itu.
Kalaupun faham, tidak terasa pula bahawa Allah itu benar-benar Maha
Besar di hati kita. Kita tidak maksudkan dan kita tidak rasa apa yang
kita kata. Kita hanya berlakon dan berpura-pura di hadapan Tuhan.

2. Dalam masa kita sedang menyembah Tuhan pula, jasad kita berdiri,
rukuk dan sujud, tetapi hati dan jiwa kita entah ke mana-mana. Allah
menunggu kita untuk disembah dan untuk menerima segala pengaduan
tetapi kita tidak hadir. Kita wakilkan sahaja kepada jasad dan tubuh
badan kita yang tidak tahu dan tidak faham apa-apa. Jasad dan jawarih
kita sahajalah yang menyembah Tuhan.

Sudahlah di luar sembahyang kita tidak pernah bersama Tuhan, ini
sedang menyembah Tuhan dalam sembahyang pun kita gamak tinggalkan
Tuhan untuk berfoya-foya dengan hal-hal dunia.

Belum pernah lagi kita dengar ada orang yang mengadap raja atau
sultan dan sedang dia mengadap itu, langsung tidak menghiraukan raja
malah dia tinggalkannya sultan begitu sahaja untuk pergi ke kedai
membeli rokok. Tapi dengan Tuhan, semasa dalam sembahyang, inilah
akhlak dan perangai kita.

3. Dalam sembahyang, Allah bukan hendak berhadapan dengan jasad kita
tetapi dengan roh atau hati kita. Tetapi roh kita jarang hadir. Ramai
orang yang boleh membawa jasad dan lidah mereka untuk bersembahyang
tetapi tidak ramai yang mampu membawa roh dan hati mereka untuk
bersembahyang sama.Demikianlah kita orang awam, selalu sahaja tidak berakhlak, tidak beradab dan tidak bersopan dengan Tuhan. Kalau ini berlaku di luar sembahyang pun sudah dianggap berat, inikan pula ia berlaku ketika kita sedang mengadap dan menyembah Tuhan. Lagi-lagilah ianya dianggap berat.
 Patut sangatlah kita beristighfar dan meminta ampun selepas memberi salam!!!

Sekian...hanya perkongsian bersama....

tepuk dada tanya iman

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Hari Kekasih, Kekasihku..!


Ku Mencintaimu Ya Habiballah

...Ya Rasulullah...




Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Ummati ummati
kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Sunday, February 13, 2011

Ghuraba'

salam 'alaik...
Maka beruntunglah orang-orang asing...ghurabaa

bahagialah ghuraba' ...



نقل فؤادك حيث شئت من الهوى مـا الحـب إلا للحبيب الأول
Palingkan hatimu pada apa saja yang kau cintai
Tidaklah kecintaan itu kecuali pada cinta pertamamu
Yaitu Allah 'Azza Wajalla

كم منزل في الأرض يألفه الفتى وحنينـــه أبــدا لأول مــنزل
Berapa banyak tempat tinggal di bumi yang ditempati seseorang
Dan selamanya kerinduannya hanya pada tempat tinggalnya yang semula
Yaitu syurga


Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda,
 “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” 
Ibnu Umar ra berkata,
 “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” 
(HR. Bukhari) 

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, 
“Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” 
(HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" 
(HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin,
 "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Ghurabaa:
1. Pendapat Qadhi 'Iyad sendiri ialah: Zahir hadis adalah umum, yakni Islam telah dimulai oleh golongan yang sedikit kemudian berkembang tetapi akhirnya akan kembali berkurangan sehingga berada pada golongan yang sedikit sebagaimana ia bermula.

2. Menurut al-Sindi (syarh Sunan Ibnu Majah), Islam bermula dagang kerana penganutnya yang sedikit. Ia akan kembali dagang kerana kurangnya orang yang menegakkannya walaupun penganutnya ramai. al-Ghuraba' ialah mereka yang menegakkannya. Mereka dipanggil al-Nuzza', iaitu orang yang keluar meninggalkan watan mereka untuk menegakkan sunnah-sunnah Islam, dan menurut pendapat sebahagian ulama' salaf, mereka adalah Ahlul Hadis.

3. Manakala al-Ghuraba' menurut al-Mubarakapuri (syarh Jami' al-Tirmizi) ialah orang Islam di awal Islam dan di akhir Islam, ekoran kesabaran mereka menghadapi penindasan dan sebagainya.

"ya Allah, masukkanlah kami dalam golongan ini..."

sekian 
tepuk dada tanya iman

Friday, February 11, 2011

"La Ilaha Illallah.."

salam 'alaik...
sekadar perkongsian...

"tiada tuhan selain-Nya..."

kalimah ni sinonim dgn sakaratul maut..
klu ada hamba Allah yg berdepan sakaratul maut, akan diajar mngucap kalimah ni
wlupn semasa hayatnya kalimah ni slalu didengar, 
tp x menjamin saat2 terakhirnya dia mampu mngucapkannya
na'uzubillah...~

tp kalimah ni pn sinonim dgn ibu2 yg nk mendodoikn baby
dlu2 slalu, tp skrg dh kurg..
zaman makin canggih, pasang je muzik ntah pape,
biar baby leka smpi terlena...
dh xde kalimah2-Nya jd halwa telinga si kecil...

kepenatan lps puas bermain

mgkn ada yg beralasan, xde masa, byk keje lain nk buat,
mmg btol, x bleh salahkan si ibu semata2 sdgkn dlm isi rumah tu,
bkn si ibu je yg ada..


so, klu si ibu sibuk dgn urusan kerja/rumah tangga,
yg len2 kena ambik peranan...
ayah, abang, kakak, adik, etc...

ada yg blom tdo..??
~La Ilaha Illallah...~

klu ada nmpk si ibu nk dodoikn anak, tawarkn diri menolong...
lagu2kan kalimah "La Ilaha Illallah.."
nk lagu yg mcm mana, ketuk hati tanya kreativiti..
tpulang, asalkn jgn sumbang...~


insyaAllah dgn senangnya si kecil akan terlena
blom cuba blom tau...

sekian
tepuk dada tanya iman

Wednesday, February 9, 2011

Selamat Mendekati-Nya

salam 'alaik...

wlupn dh lewat, ttp nk post..

Selamat Mendekati-Nya aka Selamat Hari Jadi
-ibnu saupi-

sedar x sedar, dh 2 dekad berlalu
sedar x sedar, dh hlg num1 kt depan
sedar x sedar, kurg setahun tempoh mendekati-Nya


Syukran jazilan nuat teman2 yg mngingati
terasa dihargai..~

14 Jan 2011
kt family day cekak, smua yg lahir bulan januari dirai..
dgn kek 2 biji..(^_^)
snap sebiji je, 2 pn yg dh terpotong..

16 Jan 2011
kul 11 lbh, siap2 nk tdo sbb penat (baru balik family day cekak)
bru nk terlelap, akak2 usrah n kwn2 len dtg...

dari kak nora n kak zaini



TAG : daus, kak ngah, eddy, anna, syid, aisyah, 
as hyun ae, ashi, aten, myra arshad, andryiani, ekin,
as-shimo, aeda, eton, munti.

dari Hasanah


sronoknye..~
dari kak nur aka "adik"
hehehe...

19 Jan 2011
kwn raikan skali lg, skali dgn roomate yg birthday die 19hb..
kak ngah..

lupe nk msukkan gmbr kek...sori..

dari adik2...

dari Abang (fom2) n ude (djah 4)
terharu...~
dh la diorg g beli sndri,
sggup bwk bnda cmni, PINK plak tu..

hadiah yg paling x disangka2
dari Angah (fom 3)

plastik luar

dlm plastik

dlm beg kertas



lastly
dlm kotak....dgn muzik skali
benda ni angah suka sangat2, tp die sggup beli
n bagi...
angah nk blanja sndri pn x ckup,
tp bleh plak die beli bnda ni...terharu...~


pemberian yg plg bermakna ialah 
memberi sesuatu yg paling kita sayang

sekian
tepuk dada tanya iman

p/s : yg x disebut nama, bukan terlupa cuma x tertulis
tp tetap diingati dlm hati..
syukran semua..

Saturday, February 5, 2011

Woman VS Man

salam 'alaik
rehat2kan minda je..~

Perbezaan lelaki n perempuan

ni adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri


Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!























OK?


berapa banyak?


tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)


baca sekali lagi!


FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...


otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

sekian
tepuk dada tanya iman

Thursday, February 3, 2011

Perasaan Wanita, Lelaki Harus Hormati...


Salam 'alaik...
pkgsian dari blog seorg teman maya..~
hayati maksudnya...

dari seorang lelaki kpd seorg lelaki...



Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.



Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan. Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.

Mengantuk disorongkan bantal. Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana. Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.



Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.

Anda mahu pergi jauh, pergilah. Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.


Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka?  Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.

Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah. Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis. Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain! Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.



Wallahua'lam...


sekian
tepuk dada tanya iman

Tuesday, February 1, 2011

Cara2 Buat Maksiat

salam 'alaik...

sekadar perkgsian~


Nak buat Maksiat? boleh je dgn cara berikut.


"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Begitulah kata-kata Ibrahim bin Adham apabila diminta nasihat oleh seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki itu kelihatan teruja dan bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1. Jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan kamu makan rezekinya. Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"


2Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya. Syarat ini membuat lelaki itu tergamam. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"


3. Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya. Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, nasihat apa yang kam beri ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita!" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.


4. "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'. Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat mautakan memenuhi permintaanku." "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"


5. Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya." Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai 
saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

dunia hanya pinjaman...
kita hanya peminjam...
(pktaan yg lg best, penerima amanah)

sama2 ambik pngajaran~

sekian
tepuk dada tanya iman