jOm La jOiN

Sunday, January 30, 2011

Tempahan Lagi...(^_^)

salam 'alaik...
rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari..
Alhamdulillah~


antara hasil2 baru...
yg tmpah, dlm 7-8 orang
tp buat lebih ckit, sng klu ada yg nak
xyah tggu lama2...



ni gambar yg lebih detail...
ramai yg mntk warna terang2, tp stil rainbow



zip sblm dicantum
2 zip yg melintang kt ats tu tersalah saiz
sptotnye 8 inci,
kt atas tu 7 inci & 9 inci..
huhu...rugi~







mesin yang banyak berjasa
(ma punye~hehe...)
berkhidmat sejak 1996
1st time rosak, 
time saya mula2 menjahit...hehe
time tu x bape mahir
sorry ma~


kesimpulan,
masa lapang kt umah cuti sem baru2 ni dihabiskan dgn 
  • sambung lesen P (Alhamdulillah dh lps wlupn kandas skali kt bukit)
  • menjahit
  • duk kat dapur (hehe...tbe2 rajin masuk dapur kt umah~)


Alhamdulillah atas rezeki dari-Nya
klu ada tempahan lagi, jgn segan2 ek..
(^_^)...

sekian
tepuk dada tanya iman

Friday, January 28, 2011

H.I.K.M.A.H.

salam 'alaik

nk kgsi cerita yg baru dapat dari seorg sahabat...



Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu.

Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran.

Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.

Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah. Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar.

Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya.

Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain.

Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu.

Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu.

Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka.

Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran: Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam h
ati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah SWT.

sekian
tepuk dada tanya iman

Pelangi Selepas Hujan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Pelangi Selepas Hujan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Thursday, January 27, 2011

PPKBSMUSM...

salam 'alaik....

SchOoLku JaNnAhKu


semoga ilmu yang ditimba di sini
dapat menjadi bekal di sana

~ameen~

sekian
tepuk dada tanya iman

Wednesday, January 26, 2011

Jangan Pandang Belakang...

salam 'alaik...


bkn citer seram@hantu@ngarut2
skdr pkgsian...


Pantai Pelindong, Beserah, Kuantan
setiap perjalanan meninggalkan jejak
jejak yang cantik, jejak yang elok, atau sebaliknya
kita yang menentukan...


andai jejak yang tertinggal ada cacatnya,
teruskan melangkah dengan jejak yang lebih sempurna
tak salah mencuba menjadi yang lebih baik...


jangan toleh ke belakang
andai dengan menoleh, melukakan...
tapi tolehlah ke belakang
andai luka itu yang mengajar kita menjadi tabah...


teruskan melangkah jauh ke depan
kerana dengan melangkah
jejak yang di belakang 
akan terus berada di belakang
lantas, hilang di pandangan...


"kehidupan masa silam akan terus menghantui sekiranya kita yang memilih untuk terus dihantui"

sekian
tepuk dada tanya iman

Monday, January 24, 2011

Buku...Buku...Buku...!!!

salam 'alaik...

buku baru beli, bukan baru di pasaran
beli time cuti sem ari tu...
setiap kali masuk kedai buku, at least akan beli satu...


gambar ni snap kt Popular...



Wo Ai Ni ALLAH...
menarik, dan sedih...
bersyukurla bg kite yg dilahirkan dlm nikmat Islam...



best!! sgt terkesan kt hati..



citer yg simple, tp berkesan...



ha, da one and only Hlovate's..
yg len, otw kot..
insyaAllah...



smua pnulisan beliau pn mmg bes...
termasuk yg ni...
(beli sbb bace kt blog kak aniza ILI..)



sepupu yg cdgkan buku ni...
dh lama ada, tp baru tau...
tp blom terlambat..



buku Sudoku ptama yg dimiliki,
buku ni jgk la yg mencmbahkan minat
dlm sudoku..
tak lupe, Syukran jazilan to "cikgu" Acher Skema...

klu ada yg bminat nk pinjam, silakan...
insyaAllah xde mslh..

sekian,
tepuk dada tanya iman

Sunday, January 23, 2011

SaLaM KeMbALi...!!

salam 'alaik...

gmbar2 ni time dlm jagaan sy..nmpk hepy je...kn3..!!
...(^_~)...
nama : Nur Fathiyyah Zinnirah bt Zulkifli
umur : 4 bulan (kot)
ibu : Faezah Azita bt Othman (sepupu saya~)

time cuti ari tu, slalu la jaga thiyyah...
hehe...

tbe2 time dah balik U, mak dik (mak sedara) sms


"fathiyyah sebijik muka mu skrg!"


tgk la sape yg jaga~
(^_^)v

sbb tu ada kata2, 
  • "anak2 ibarat kain putih, ibu bapa yg mencorakkannya.."
  • "mana tumpahnya kuah klu x ke nasi.."
  • "cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.."
  • "like father like son.."

budak2 mudah terikut2, jd tunjuk la contoh teladan yg baik depan mereka~


"semoga fathiyyah menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.."


ameen~

sekian,
tepuk dada tanya iman