jOm La jOiN

Sunday, October 10, 2010

Kalau boring, msti...

Salam....

em, xtau nk post pe sbnrnye
ngarut2 je la...
mggu lps, sabtu ahad pn ada program

mggu ni, sabtu ada kelas teori silat
ada jgk program
so, ahad je la ada masa siapkn keje2 yg berlambak2...
exam pn dh dekat. huh??
takut~

1st, siapkan AutoCad..
dlu lukis manual, ok la jgk cuma lmbt
skg, autocad ni rumit tp cpt
so, win2 situation la

ha, ada satu lagi
klu ngah wat keje, tibe2 rasa boring
selain dengar lagu@tgk video@citer@baca buku2 faveret,
msti nk wat sesuatu ni...
wat pe?
tgk la sndri....

wlupn tulisan ni main hentam je bntuknya, guna 2 batang pensel, tp biar la.
utk isi masa je...
time jd cikgu dlu pn, tulisan ni jd modal suh budak2 wat keje diam...
"siapa buat keje senyap2, cantik2, ustazah tulis nama dia mcm ni, dia boleh warna cantik2.."

kelas jd senyap. hehe, taktik berjaya!

semua tu kenangan...
k la..
dh melalut ni

sekian
tepuk dada tanya iman

Saturday, October 9, 2010

Luqmanul Hakim

25 pesanan Luqmanul Hakim



01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.


15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan
olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

"berpesan2 dgn kebenaran, berpesan2 dgn kesabaran..."
insyaAllah....

sekian,
tepuk dada tanya iman


Monday, October 4, 2010

Bola Labuh???

Salam....
smlm ( 3/10/2010 ) ada Karnival Sukan Cekak (KSC)
ramai gak pihak luar yg dtg..

  • USM Induk
  • UiTM PP
  • Cawangan Balik Pulau



mula dari 8 pagi-6.30 ptg
antara acara yg ada :-

  • futsal (L)
  • Bola Jaring
  • Bola tampar (L/P)

so, pe kaitannya dgn Bola Labuh ??
alkisahnya bermula...


pasukan bola tampar kami x ckup pemain
aku dtg lmbat. Daus (nama sbnr, Nor Firdaus , prmpuan. diulang, perempuan )
masukkan nama aku sbb dia tau
aku mmg nk sgt2 msk bola tampar...
so, masuk pasukan skali dgn akak2 senior..

1st game, lawan pasukan USM induk
Alhamdulillah kami menang...

2nd game, lawan pasukan dari kampus kami jugak
(USM KKj hntr 2 pasukan )
main mcm biasa...
tiba saat aku nk serve bola, tiba2....

"ok, sedia2...Bola Labuh! " ( jeritan dari salah seorg pihak lawan..)
hmpir satu court tergelak...

aku tgk pe yg x kena..rupa2nya aku sorg je yg pakai t-shirt labuh
org lain smua pakai t-shirt rasmi KSC...


aku mmg x beli t-shirt KSC sbb lebih selesa pakai t-shirt labuh klu nk main...
maklumla, terlompat2...

aish, terkena..
pe bleh buat, senyum je la... =)
lg pn, adat permainan la, nk psiko...(gurauan semata2 )


bila ingat balik, nk tergelak pn ada...
cmne la akak tu bleh terpikir nk gelar "Bola Labuh"
hahaha...





Akhirnya, Alhamdulillah....
pasukan kami johan manakala satu lg pasukan naib johan
USM induk tmpt ke-3

Syukur..

sekian,
tepuk dada tanya iman

Saturday, October 2, 2010

Mustafa Kamal Ataturk. Siapa??

Salam....
mgkn rmai yg penah dngar nama ni
mgkn rmai jugak yg tertanya2, siapa dia??
hakikatnya, sejauh mana kita smua tahu tentang kisah hidup 
si munafik ni? (na'uzubillah min zalik)..






Siapa mustafa Kamal Attartuk?

Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama..

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin
 

Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.


Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.


Dosa Mustafa Kemal
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.



KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.


Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya( susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.


Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


sekian,
tepuk dada tanya iman

Wednesday, September 29, 2010

~Derma Darah, Sronoknye!~

salam....


ada yg takut 
ada yg suka
ada yg takut tp suka. huh??
yg pasti, bg diri yg bernama Shuhaida ni, 
"excitednye nk derma darah!!!"
hehe...
wlaupn ma mcm nk xnk je bagi...

Kali Pertama : Matrik sem 1
dh lps smua ujian kesihatan
masuk part ujian yg kne ngadap doktor, doktor tu tnye soalan..


doktor : ada ambik ubat x dlm masa terdekat ni?
me       : ada, tp ubat biasa je, ubat gastrik.
doktor : bila tu?
me       : dlm 2-3 mggu lps. dh lama dh~
doktor : maaf yea, awk x boleh menderma. ksihatan awk x mngizinkan...
me       : (trkejut sgt2) hah??? xkn x boleh? dh lama dh, skg dh sihat...tolongla~ (rse nk nangis)
doktor : maaf
me       : tolong la doktor, sy nk sgt2..berharap sgt2...(stat nangis, bkn nangis ckit2 tau..)


strusnya, doktor tu sebut "maaf" je...CEKEWA!! balik bilik pn x hbs lg menangis.
lawak je rasa time tu, malu pn ada...hehe
result : failed utk menderma



Kali Kedua : Matrik sem 2
dh lps smua ujian kesihatan
haemoglobin dlm darah pn, hmpir2 cukup mkn
12.8. tahap lps, 12.5 dan keatas. Alhamdulillah, lepas...

masuk ujian dgn doktor pn lepas gak. dh ada pngalaman kn, pndai2 la jwb~
Muka over excited
hehehe...erma, darah laju sgt mengalir. x smpai 5 minit, satu beg dh penuh (350cc)    

dah penuh???


nurse : dh siap!
me    : hah, skjpnye! ala, x puas la...em, satu beg lg bleh x?
nurse : x bleh la dik, had sorg studen satu beg je...
me    : ala~


hahaha...ntah pape. dh dpt pluang derma, nk lebih2 plak..








result : successed menderma darah. 



Kali Ketiga : USM (29/9/2010)
ujian pertama : test haemoglobin dlm darah
result             : 12.2 ( x lepas)


nurse   : x ckup darah la dik, iron dlm badan rendah ni..
me      : ala, yeke?? check lg skali bleh?


ambik darah lg skali


nurse    : em, sama je. 12.2..x cukup. len kali la yea
nurse 2 : tgk muka awk pn akak dh tau x cukup darah...
me       : em... (ni msti sbb smlm tido lmbat...wat report pnye pasal )
nurse   : adik mkn ubat ni yea...iron tablets dgn vitamin B..
me      : tq..
result  : failed untuk menderma...

baru balik dari tmpat tu la ni...trus nk post kekecewaan...




ada lagi la sambungan smlm...


Kali Keempat : USM, 30/9/2010 (sehari slps smlm )


x puas hati, smlm haemoglobin rendah. so, mlm tu tido awal. konon2nye nk pastikan cukup tido la.
ubat yg nurse smlm bg pn dh mkn...
hbs je tutor Material, trus ke tmpt derma darah tu diadakan.
lps isi borang, g test....


nurse    : em, x bleh la dik. x cukup...
me        : ala, x cukup jgk ke???
nurse 2 : eh, bkn awk dh check ke smlm?
me        : a'ah. hehe...nk cuba lg hari ni.
nurse 2 : smlm berapa?
me       : 12.2..hari ni berapa?
nurse    : 11.9...
me       : hah?? makin menurun ke??
nurse 2 : adik kne ambik viamin la..nk x?
me       : xpe2, smlm dh dpt...k la. trima kasih yea..
nurse   : makan ubat tu smpai hbs tau...
me      : ok...(frust)


result : failed untuk menderma



sekian
tepuk dada tanya iman

~Silat~

Salam....

sejuk~
basah lenjun + disaluti tanah + rumput


mggu lps, hari rabu mln berlatih silat
kbtulan time tu hujan renyai
berlatih plak kt padang, dh berlopak2...
yg lg besnye, dh la masuk buah jatuh, mmg BEZ!!

hehe....cobaan~

mlm ni pn ( isnin) keadaan yg sama, cuma tmbah lg
hujan agak lebat...huhu~


xpe la...menimba ilmu
lgpn, ble lg nk men hujan besar2 ni.
time kecik2 bleh wat muka x malu..skg dh besar la...

sronok tau blaja silat
nk tau, try la...


smoga ilmu ni bermanfaat...

sekian,
tepuk dada tanya iman

Sunday, September 26, 2010

Buku Baru!

Salam...
dh lama nk update psl koleksi buku baru
tp nk snap gmbar pstu upload, malas sgt...
lagi2 kamera ksyangan dh rosak...huhu


xpe2, ada hikmahnye~
insyaAllah...


ha, ni buku terbaru yg dibeli (tp dh agak lama la beli..)

"MURABBI CINTA" by Ust. Hasrizal


buku ni siri ke3 drpd siri2 Aku Terima Nikahnya...
Alhamdulillah, dh kumpul tiga2...


"DENYUT KASIH MEDIK" by Dr. Farhan Hadi



buku ni plak, merata2 cari..dari Kuantan, ke KL, smpai la Penang...
kebanyakan tmpt dh hbs...
las2, mntk tolong Mak Dik cari, Alhamdulillah jmpe jgk...
tu pun tggal satu je time tu...


"LA TAHZAN"  by Dr 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni


Buku ni dh lama beli, tp baru skg ada masa nk baca...menarik sgt. x tau nk ckp pe..

Semoga buku2 ni mberi motivasi pd diri ini dan juga smua, InsyaAllah...

sekian
tepuk dada tanya iman